Gerai Jualan dan Pameran !!!

S

ementara itu di gelanggang bola keranjang , terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh dibeli oleh para peserta dan pengunjung .Selain itu , terdapat juga gerai yang menjual cenderamata sempena HKSBP-44 antara barang yang dijual adalah T-shirt (HKSBP-44) , topi dan landyard .

 

Seterusnya terdapat juga pameran dari sekolah sekolah yang terpilih, kebanyakkan mereka mempamerkan ciptaan inovasi sekolah mereka yang telah memenangi beberapa anugerah ketika mereka bertanding. Selain itu, pameran juga terdiri daripada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan oleh pihak SBP seperti Anugerah Sistem Rumah Terbilang dan Anugerah Asrama Terbilang. Seterusnya terdapat juga pameran daripada Pos Malaysia yang diwakili oleh SBP yang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Setem & Filateli. Di samping itu, terdapat pameran daripada pihak Sains Marin yang telah mempamerkan pelbagai jenis hidupan akuatik seperti penyu yang diawet, terumbu karang dan sebagainya.

Recent Posts
Hubungi Kami

Nyatakan permasalahan atau cadangan anda.

Not readable? Change text.