Sesi Taklimat

T epat jam 8.30 malam, semua peserta dan guru pengiring berkumpul di Dewan Al-Khawarizmi untuk mendengar taklimat. Semua peserta pameran, pula mendengar taklimat di Bilik Kuliah. Kemudian hakim bahas Bahasa Melayu berkumpul di Makmal Komputer 2 manakala hakim bagi bahas Bahasa Inggeris berkumpul di Pusat Sumber Al-Furqan.  Semua ahli jawatankuasa berkumpul di Dewan Makan untuk mendengar taklimat daripada jurulatih utama. Para pemandu mendengar taklimat di Bilik Mesyuarat.  Semua taklimat ini telah diberikan oleh urusetia yang telah dipertanggungjawabkan, bagi memberi pendedahan awal berkaitan dengan perjalanan sepanjang 5 hari berada di Sekolah Menengah Sains Banting. Hal ini, bagi memastikan segala perjalanan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-44 akan berjalan dengan lancar.

Recent Posts
Hubungi Kami

Nyatakan permasalahan atau cadangan anda.

Not readable? Change text.